Bantu Aegisub

Memberi Maklum Balas

Korang boleh berikan kami sebarang maklum balas - ulasan, kritikan membina dan cadangan .dll
Laporan pepijat amatlah kami alu-alukan.

Lawati forum rasmi kami dan juga penjejak pepijat atau singgah berbual bersama kami di dalam saluran IRC (Sembang Trimantar Internet).

Memberitahu Rakan

Suka tak Aegisub? Kalau begitu beritahulah kepada rakan korang!
Lebih ramai yang tahu tentang Aegisub juga mampu membantu Aegisub untuk berkembang menjadi penyunting sari kata terbaik.

Menyumbang

Jikalau mampu, rasa nak buat amal, berikanlah sumbangan kepada kami.
Kami buat ni di masa lapang, tahu.

Mengatur Cara

“Given enough eyes, all bugs are shallow.”

(Pepijat hanyalah picisan dengan banyaknya mata-mata.)

– Linus Torvalds

Rasa nak membantu, atau ada beberapa kod yang mahu disumbangkan?
Ini sedikit sebanyak pesanan dari readme.txt dari pohon sumber:

Pertama sekali, sesetengah kod boleh dibaca, sesetengah kira lepas la juga dan sesetengah lagi tampalan-tampalan sampah. Semoga berjaya. ;)

Sebelum mula mengatur cara, sebaiknya kamu masuk dalam IRC dan bertanyakan kepada pembangun samada kami bersetuju ataupun tidak untuk satu-satu ciri itu ditambah.

Ini bagi mengelakkan dari membazir waktu mangatur benda yang tak perlu diatur.
Tapi penghapusan pepijat amatlah dialu-alukan.

Yang kededua pula, kalau kamu mahu mengatur cara apa-apa untuk Aegisub, kamu perlu bersetuju dengan terma seperti yang dibawah:

  1. Kamu akan melepaskan tampalan kod kepada domain awam ataupun memberikan hak cipta kepada pembangun.
    Ini bagi mengelakkan daripada fail sumber mempunyai terlalu ramai pemilik.
    (Pengecualian: Perubahan BESAR mungkin boleh diterima di bawah nama kamu dalam perlesenan BSD. Berbincanglah dengan pembangun.)

  2. Pastikan ianya boleh dikompil dan molek sebelum dihantar ke pembangun.

  3. Tampalan biasanya harus berlawanan dengan git master, melainkan ianya untuk pepijat yang ada di stabil dan bukan master.

  4. Permintaan untuk menarik (Pull request) seharusnya diasaskan semula mengikut git master (atau stable jika perlu), dan seharusnya mempunyai cabang topik untuk satu permintaan menarik.
    Tolong elakkan sebarang terapan gabungan (merge commits) dalam sejarah kamu.

  5. Aegisub tiada gaya mengatur cara yang utama, tetapi kalau boleh, cuba ikut gaya yang telah ada di dalam perisian (dan lebih baik lagi, pada kod yang kamu sentuh).

Yang ketiga, semua ini tersedia pada lesen BSD. Menurut GNU itu sendiri, BSD bersesuaian dengan GPL, maksudnya kamu boleh pautkan kod GPL dengan kod BSD.
Tapi perlu diingatkan, jika fail sumber bercampur dengan kandungan BSD dan GPL, lesen GPL akan menaunginya.

Sebelumnya